Waktu Operasi Sepanjang Tempoh PKPP:
Isnin - Jumaat: 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Sepanjang Tempoh PKPP
Isnin - Khamis : 8.00 Pagi - 12.00 Tgh
Jumaat: 8.00 Pagi - 11.00 Pagi
Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Selaras dengan tranformasi Kerajaan negeri Sabah ke arah
E-Government,
laman Web Rasmi Pejabat Daerah Sipitang yang baharu telah dibangunkan semula oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri dan Unit IT, Pejabat Daerah Sipitang. Menerusi laman web ini, anda akan melihat komitmen dan tugas kami sebagai sebuah jabatan barisan hadapan dalam berurusan dengan pelanggan khususnya di daerah Sipitang. Sesungguhnya, melalui laman web ini kita berkongsi pelbagai maklumat bagi meningkatkan usaha inovasi dan transformasi akan datang.
Pejabat Daerah Sipitang komited akan memberi perkhidmatan dan infomasi kepada warga Sipitang dan memastikan perkhidmatan terbaik secara optimum , telus dan tepat .
Justeru itu, selain memuatkan informasi perkhidmatan Jabatan, laman Web ini juga menyediakan ruang kepada pelanggan untuk mengutarakan cadangan, pandangan dan idea kepada Jabatan bagi membaiki sistem penyampaian dan penawaran perkhidmatan. Anda dialu-alukan untuk menghubungi kami melalui telefon, e-mel dan menggunakan laman sosial facebook Jabatan ini.
Saya yakin laman web Pejabat Daerah Sipitang boleh dijadikan wadah komunikasi dua hala yang berkesan bagi membantu kerajaan meningkatkan kesedaran awal dan menyampaikan maklumat yang tepat. Sekiranya anda, mempunyai sebarang pandangan dan cadangan penambahbaikan, sila hubungi pihak kami. Harapan saya agar semua yang melayari laman web ini dapat memanfaatkan kemudahan dan informasi yang disediakan.
Terima kasih.
*Sabah Maju Jaya*
Sipitang Progresif
AWANGKU RAIMY PG.ABD RAHMAN
Pegawai Daerah Sipitang